بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selalu kita dengar kereta ada insuran, kesihatan ada insuran (kad medik), tapi pernah tak kita dengar emas sebagai insuran duit ..? Emas sebagai jaminan kepada nilai duit kita supaya tetap kekal bertahan..?
Tak ramai yang faham antara sebab harga barang makin naik makin mahal adalah kerana nilai duit RM yang makin turun makin susut saban tahun. Fenomena ini kita panggil sebagai inflasi. Wang kertas RM ni kan boleh dicetak dan terus dicetak maka lama-lama turunlah nilai RM tu.
Jadi simpanlah banyak mana pun duit RM dalam rumah, atau dalam akaun bank, hakikatnya nilai RM itu semakin susut semakin turun dan tak mustahil boleh hilang nilainya satu hari nanti. Ini bukan benda yang mustahil atau perkara main-main. Dulu-dulu masih kecil, kita kan ada duit syiling RM1. Ingat tak? Ok, cuba bayangkan kalau kita kumpul duit syiling RM1 tu sebanyak 1000 keping. Agak-agak la kan, sekarang tahun 2023 laku ke duit syiling tu. Dah tak laku .. jadi nilai 1000 ringgit kita tadi tu hilang nilai macam tu sahaja.
Tapi kalau kita tukarkan awal2 syiling RM1 seribu keping tu kepada emas seberat 5g. Kemudian 5g emas ni kita simpanlah berpuluh tahun lamanya. Apa jadi? Hilang ke nilai emas ni macam nilai seringgit syiling tu? Tidak. tetap ia laku dan bernilai. bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia.Bahkan nilai 5g tu bukan lagi RM1000 ringgit, tapi dah naik berganda2 nilainya. RM1000 +++
Kalau tak faham penerangan ni, boleh teliti gambar ni. Tengok perbandingan harga emas yang meningkat dan terus meningkat. Untunglah siapa yg simpan emas sejak awal2 lagi. Saya sendiri menyesal dulu kecil-kecil tak simpan emas. Kalaulah duit raya kecil-kecil dulu tukar pada emas. saya yakin mesti dah berganda naik nilai duit emas saya tu dan masih kekal sampai hari ni. ..
No comments:
Post a Comment