بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ramai antara kita yang terhairan-hairan kenapa ada kawan-kawan mereka yang beriya-iya mulakan simpanan emas. Ada yg bermula seawal sekolah rendah lagi. Berkat didikan ibu ayah yg celik emas, pastilah anaknya pun celik emas di usia muda remaja lagi kann.
Jadi di sini jom kita bedah apa pentingnya simpan emas ni. Lagi awal kita mula simpan emas lagi terbaikk, insyaAllah
1) Emas selamatkan duit kita dari bocor/hilang/terbakar
mungkin kita byk kali dah tanam niat nak simpan duit. tapi niat tu sayangnya tak kesampaian disebabkan asyik terbelanja sana sini. memang duit dlm bentuk RM ni mudah ja mengalir ke mana-mana. buat beli di shopee la, lazada lah. duit kita bocor tanpa sedar. tu belum cerita mengalir ribuan RM sebab kena scam online yg makin menjadi2 sekarang ni.
tapi kalau kita awal2 tukar sebahagian duit RM tu kepada emas, insyaAllah selamatlah simpanan kita tu sbb emas tak mudah-mudah kita guna utk bayar online, atau utk transfer scam online. kalau nak guna emas utk dapatkan duit RM, kenalah cari hari sesuai untuk pergi ke ar-Rahnu dulu utk digadaikan, barulah boleh dapat duit RM tu.
Maka sebab tulah org yg simpan duit dlm bentuk emas ni, selalunya emas dia makin bertambah di hujung tahun. sedangkan org yg simpan duit RM, bila akhir tahun sudah susut jumlahnya atau lesap sama sekali tak tahu entah ke mana..
pernah baca berita tak mangsa kebakaran hilang wang tunai puluh ribu ringgit..? Sebab mereka simpan duit mereka dalam bentuk tunai RM di rumah. Jika mereka awal2 tukar dlm bentuk emas, tidaklah hangus duit mereka tu. sebab emas ni kebal haba, kebal api. duit emas tak hangus terbakar macam duit kertas.
Jadi emas ni betul2 bantu kita menyimpan duit dgn lebih efektif dan selamat berbanding simpan dlm bentuk RM . Tapi tidaklah kita tukarkan semua duit dalam bentuk emas. Sebahagian simpan dalam bentuk RM utk kegunaan semasa, sebahagian lagi simpan lah dlm bentuk emas.
No comments:
Post a Comment